Saturday, March 28, 2009

Fikir Itu Zikir


Sering kali manusia berfikir. Fikir membuahkan idea. Idea yang dicambah terhasil kesepakatan. Maka terjadinya pelaksanaan. Tapi sedarkah kita fikir juga membuahkan zikir.

Zikir ertinya mengingati Allah. Ramai yang tidak menyedari akan hakikat demikian. Mereka mendakwa idea yang dilontarkan hasil pemikiran cerdik mereka. Tapi sedarlah wahai insan, tak terhasil idea tanpa si ‘pemberi’ idea. Begitulah manusia. Sering kali menyembah kepada nikmat sedang diri mereka lupa untuk menyembah kepada pemberi nikmat. Aneh,bukan? Namun, itulah hakikat yang berlaku.

Bila diamati, cukup besar nikmat kurniaan Allah yang diberikan kepada kita. Rasa tak terhitungnya banyaknya. Namun, apakah balasan kita kepadaNya. Apakah kita telah menyerahkan seluruh ketaatan kita padanya? Atau apakah kita menggunakan nikmat tersebut untuk ingkar padaNya? Atau apakah selama ini lidah kita kelu untuk membalas nikmat yang dikurniakan hanya dengan ucapan alhamdulillah?Sungguh keras hatimu wahai insan!

Insafilah bahawa segalanya hanya milik Allah. Tiada apa yang kekal padamu. Justeru, syukurilah atas segala nikmat yang diberikan.