Friday, December 26, 2008

Forum Milenia Muslim



Sempena Pesta Konvokesyen Ke-enam (C-Fest6) Universiti Sains Islam Malaysia dengan kerjasama Masjid Putra Nilai, Bandar Baru Nilai telah mengadakan satu forum yang diberi nama Forum Milenia Muslim yang membawakan tajuk 'Ragam Hijrah:Buat Dahulu, Insaf Kemudian'. Forum yang dibarisi oleh ahli panel terkemuka yang mana tidak asing lagi dalam kalangan mahasiswa khususnya iaitu Ustaz Uda Kassim dan Ustaz Fauzi Mustaffa.

Bertindak selaku pengerusi majlis pada malam itu sememangnya tugas yang tidak 'asing' lagi buat diriku. Sememangnya minatku pada pengucapan awam ini bermula sejak di bangku sekolah lagi. Bukanlah tujuanku untuk menunjukkan kehebatan bercakap di khalayak awam namun apa yang penting padaku hanyalah melawan rasa gementar dan malu apabila berhadapan dengan umum. Namun, kuakui di setiap majlis yang kukendalikan rasa gementar belum dapat dipudarkan tapi itu tidak menjadi halangan selagi kita pandai mengawalnya.

Alhamdulillah melalui persiapan yang rapi dan baik, forum dapat dimulakan pada waktu yang dijanjikan. Forum pada malam itu turut diserikan dengan penampilan istimewa adik Muhammad Ahmad Zahid yang baru sahaja menjadi johan dalam kategori bacaan dan suara terbaik dalam musabaqah hafazan Quran di Dubai International Holy Quran Award 2008 yang disertai oleh 85 orang peserta dari 85 buah negara. Bertuah sungguh ibubapa adik ini!Tahniah untuk beliau.

Antara pengisian forum pada malam tersebut banyak menyentuh soal mahasiswa yang sering berada pada zon 'selesa' sehingga tidak menghiraukan hal-hal yang berlaku di sekeliling mereka. Sepatutnya mereka haruslah prihatin bersangkutan hal-hal semasa dalam keadaan dunia yang semakin mencabar ini. Mahasiswa kini juga kurang berfikir termasuklah berfikiran singkat tanpa ada 'long term vision' dalam sebarang tindakan.Hijrah membawa takrifan yang besar khususnya dalam kalangan remaja kini kerana golongan inilah yang bakal memimpin negara kelak.



Sunday, December 7, 2008

Zulhijjah Kembali Menggamit...



"Saat berderai jatuh titisan air mata suci IBRAHIM, melihatkan keteguhan iman anaknya ISMAIL, di kala itulah bermulanya sejarah agung erti sebuah pengorbanan..."

.....sALaM eiDiLAdHa.....

Kembalilah kepada TuhanMu...




















Lama benar rasanya tidak mencoret sesuatu pada blog ini dan alhamdulillah pada kesempatan ini kuberpeluang untuk berkongsi sesuatu dengan sahabat sekalian. Rasanya hampir sebulan blog ini tak di'update' almaklum dek kerana kekangan masa dan exam yang merencatkan perjalanan coretanku. Kini ku kembali semula ke lembar maya.


Hari ini, Malaysia digegarkan dengan tragedi banglo ranap yang mengorbankan empat nyawa apabila sebahagian Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa runtuh. Kejadian yang berlaku sekitar jam 4 pagi itu mengakibatkan 14 buah rumah banglo mewah di lereng bukit ranap. Setakat yang dilaporkan mangsa yang cedera dirawat di hospital manakala kerja-kerja pencarian mangsa yang masih tertimbus masih lagi dijalankan.

Pada yang ingin mengikuti berita lanjut mengenai kejadian ini boleh mengikutinya menerusi mana-mana media tempatan kita. Cuma, pada kesempatan ini, apa yang paling penting pada kita ialah elok rasanya kalau kita muhasabah kembali pada setiap kejadian yang berlaku ada tersirat sebab dan puncanya. Kerna Alah tak akan menurunkan suatu musibah atau bala tanpa menyelak dahulu karat-karat dosa yang dilakukan oleh hambaNya.

Alangkah dukacitanya bagi orang yang mengaku beriman langsung menafikan bahawa tragedi yang berlaku merupakan suatu tamparan kecil Allah pada hambaNya. Golongan ini sentiasa sahaja menyandarkan suatu kejadian yang berlaku di atas musabbab lain sekaligus menafikan kuasa pencipta. Nah, inilah yang dikatakan titipan iman hanya di bibir namun hakikat hatinya kufur!

Sepatutnya setiap musibah yang Allah timpakan pada sesuatu kaum itu memang patut diambil iktibar serta pengajaran. Peribahasa ada menyebut, jangan biarkan pisang berbuah dua kali. Tapi, apa yang berlaku kini ternyata sebaliknya. Tidak cukupkah dengan peristiwa tsunami besar yang menimpa sebahagian negara dulu termasuk Malaysia. Lihatlah betapa besarnya kuasa Allah Taala yang hanya dengan tamparan yang kecil itu pun manusia tak mampu untuk mengelaknya.

Ayuh, kaum muslimin! Belajarlah daripada kesilapan. Ubahlah ungkapan 'bencana alam' kepada kuasa Tuhan. Muhasabahlah diri. Bentuklah peribadi. Ingatlah bahawa kepadaNya kita kembali. Sekadar peringatan bersama.


p/s: Doaku moga Allah mengampuni dosa-dosa kita yang lalu.....