Wednesday, February 11, 2009

Pertandingan Debat Piala Naib Canselor

Keputusan telah pun diumumkan. Alhamdulillah kesemua team FSU kategori Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris mahupun Bahasa Arab berjaya mara ke peringkat suku akhir yang dijadualkan 14 Feb, Sabtu ini.

Kalau dulu, bertanding atas tiket Tamhidi dalam kategori debat Bahasa Arab,langsung tidakku letakkan sebarang target. Waktu itu, hanya menghitung masa dan ketika untukku tamatkan pertandingan itu dengan secepat mungkin. Apa yang pasti, penyertaan yang pada mulanya atas keterpaksaan, rupanya terselit hikmah yang harus disyukuri. Rasaku seakan tidak percaya team kami mampu mara ke separuh akhir mengalahkan beberapa fakuti yang besar.

Pada kali ini, berbeza pula keadaannya. Fakulti Syariah & Undang-undang sememangnya telah melahirkan ramai pendebat-pendebat universiti khususnya dalam kategori Bahasa Arab. Nama-nama seperti Fareed Hassan,Abg Izad,Abg Syam dan Kak Hani adalah antara pemuka-pemuka yang telah mencipta nama mewakili universiti ke peringkat Debat Diraja dan sebagainya. Sememangnya banyak yang kupelajari tentang teknik berdebat daripada mereka.

Kali ini atas tiket FSU aku memulakan rentak perdebatan. Alhamdulillah, walaupun pada awalnya harapan bagi team FSU B untuk ke suku akhir tampak goyah dek saingan sengit antara fakulti lain dan tidak kurang hebatnya saingan yang diberikan team cilik daripada tamhidi, namun team kami mampu menarik nafas lega. Moga-moga perjalanan hingga ke akhir dipermudahkan,i'Allah!

0 comments: