Friday, June 12, 2009

Kemalangan Itu Mengajarku...

25 Mei 2009. Satu tarikh yang akan ku ingat sampai bila-bila. Tengah hari itu panas terik. Aku bergegas memecut motosikalku dari Sutera Indah menuju ke rumah sewa. Waktu itu jam menunjukkan lebih kurang pukul 2.30 tengah hari. Melewati jalan MPN aku terpandang seorang sahabat datang dari arah bertentangan. Aku memalingkan muka ke arahnya sehinggalah dia memasuki selekoh. Tanpa ku sedar inilah yang dikatakan malang tidak berbau, sebaik memalingkan muka ke hadapan motosikalku terlanggar divider jalan lantas tubuhku tersembam jatuh ke bumi.

Terasa seakan tidak percaya apa yang terjadi. Namun inilah qada' dan qadar Tuhan. Sebaik terjatuh, terus terngiang di benak kepalaku akan kata-kata ibu tempoh hari. "Bawak muto molek,"nasihat ibu padaku. Rupanya di sini hikmahnya setiap kata-kata ibu. Mujurlah ada sahabat yang membantu membawaku ke klinik dengan segera. Kukira luka di lengan dan lutut ini tidaklah seteruk mana. Namun dek kerana balutan inilah ku terpaksa terlantar di rumah hampir seminggu lebih.

Apa yang pasti, di sepanjang tempoh kuarantin di rumah banyak mengajarku. Hakikat kemalangan yang menimpa merupakan suatu ujian. Hakikat ujian yang ditempuh amat berhajat kepada kesabaran yang kukuh. Dari kesabaran itulah melatih diri menjadi insan yang tahu menghargai dan bersyukur atas setiap nikmat kurniaan dariNya. Saat inilah ku mula merasakan Allah sedang berbicara denganku. Bicara Tuhan tak sama seperti bicara manusia sesama manusia. Dia menegur ketika diri lalai dalam bicara. Dia mengingat saat diri hanyut alpa dengan keduniaan yang tidak ke mana.

Saat diri mengerang kesakitan. Saat diri mengadu kepayahan. Saat diri memekik, menjerit, meraung pohon pertolongan, Dia datang di sisi mendengarkan. Setiap rintihan dan pengaduan dari hambaNya. Sememangnya pengalaman ini membekaskan sesuatu yang amat berguna padaku. Terkadang diri bersangka buruk kepada Tuhan kerana tidak adil dalam menghukum...Ya Rabbi,maafkanku..kini kusedari hikmah di sebalik tiap qada' dan qadarMu. Terasa betapa manisnya ujian yang kuhadapi ini. Inilah bukti kasih sayangMu.

Di akhir pengalaman ini, kutitipkan terima kasih yang tak terhingga terutama kepada ibu bapaku yang sanggup datang dari Kelantan menziarahiku di sini,mohon maaf atas kekhilafan diri,kutahu ma dengan ayah baru sahaja pulang sebenarnya ke kampung setelah menghantar adikku ke sini. Buat Abe Din sekeluarga di Kajang atas perhatian kepadaku selama seminggu di sana. Juga sahabat seperjuangan yang bertanya khabar dan perhatian kalian. Jasa baik kalian amat dihargai. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.

2 comments:

farid_faqeerfiddin said...

salam ziarah....
syafakallah....

memang realiti hidup bukan sentiasa manis seperti madu, adakalanya pahit juga perlu ditelan... namun, yakinlah pahit ini seperti ubat yang kita telan... banyak kebaikannya....

Fazareez Fauzi said...

Alhamdulillah Allah msh syg nta. Sampai hr ni dok boh ubat lagi n0..Siapakah sahabat yg dimaksudkan itu..?? Ceritakan yg sebenar met..